Sunday, June 26, 2011

Tayangan Jom Amalkan Integriti Pelajar Tingkatan 1-5

Pada 21.06.2011 hingga 24.06.2011 Pusat sumber sekolah telah mengadakan tayangan "Jom Amalkan Integriti" untuk pelajar tingkatan 1 hingga 5.Tayangan ini diadakan berdasarkan Edaran Public Service Announcement (PSA) yang dihasilkan oleh Institut Integiriti Malaysia.
Antara objektif tayangan ini ialah:-

  1. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar serta membudayakan nilai-nilai tersebut di dalam kehidupan seharian.(Contohnya : menghormati orang tua)
  2. Mengalakkan budaya tatacara bertutur dengan baik dan sopan di kalangan pelajar.

Saturday, June 25, 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Jun


Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Jun 2011

Friday, April 29, 2011

Penyerahan Sumbangan Buku Kepada PSS SMKKK


Penyerahan sumbangan buku untuk pusat sumber sekolah 

dilakukan oleh penulis buku sendiri iaitu En.Jasni Matlani.

                  Buku-buku disumbangkan oleh Y.B Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Wednesday, March 23, 2011

Karnival Nilam Peringkat Zon Selatan


Pada 22 Feb 2011. 2 Orang pelajar SMK Kota Klias telah terpilih untuk menyertai Karnival Nilam Peringkat Zon Selatan yang telah diadakan di PKG Papar. Kedua pelajar tidak pulang hampa kerana kedua mereka telah mendapat tempat ke-2 dan ke-3 dalam karnival ini. mereka ialah adik Suzilah Moi Fook dan adik Jennive John. Tahniah diucapkan.

Program Desa Net

Pada 23.02.2011 yang lalu,Program Desa Net telah mula beroperasi di SMK Kota Klias.Sesi pertama melibatkan 10 orang pelajar tingkatan 2 dan sesi kedua pula melibatkan 10 orang pelajar tingkatan 4.Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan asas tentang komputer kepada pelajar-pelajar.